zon beli-belah

Halaman

Sabtu, 24 November 2012

Zikir Terapi Diri

Assalammualaikaum n selamat pukul 9.38 malam..
Maghrib tadi, aku dengar zikir hasbi rabbi dekat astro oasis.. rasa tenang n hilang semua serabut dekat kepala otak ni.. memang sesuai sangat la dengan tajuk album hafiz hamidun "Zikir Terapi Diri". Bagi sesiapa yang tengah stress, gundah gulana or serabut ker, elok sangat lah dengar.. bagi sesiapa yang tak da mslh pun boleh dengar, di samping memuhasabahkan diri, dapat menambah pahala.. so, jom dengar Zikir ni..


Selasa, 6 November 2012

Milo Ais


N3 kali ni sy  nak cerita tentang resipi milo ais.. panjang sungguh ceritanya.. hehe.. siyes susah nak buat benda ni (dengan muka teruja).. penat sy buat research. XP .. bagi sesaipa yang x reti nak buat lagi, bole la cuba guna resepi ni keh..
 
Bahan-bahan:-
  • Milo-2sudu besar
  • susu pekat manis-1 sudu teh
  • susu sejat-1 sudu besar 
  •  gula -1sudu kecil 
  •  air panas-1/3 mug 
  •  Ais cube-suka hati
Cara-cara:-

1.       Mula-mula, masukan Milo & gula kedalam mug, dan gaulkan sehingga sebati.
2.       Kemudian masukan air panas dan kacau sehingga milo dan gula larut.
3.       Seterusnya masukan susu pekat + susu sejat, dan kacau lagi.
4.       Lepas tu, baru lah masukan ais cube sampai penuh mug.
5.       Akhir sekali, sengeh sehingga nampak gigi, baru minum.. XP

Khamis, 20 September 2012

Sabtu, 18 Ogos 2012

SYAWAL




YA ALLAH,

DI BULAN SYAWAL YANG BARKAH INI,

MULIAKAN SAUDARA-SAUDARAKU,

BAHAGIAKAN KELUARGANYA,

SIHATI TUBUH BADANNYA,

BERKATI REZEKINYA,

KUATKAN IMANNYA,

BERIKAN KEKUATAN IBADAH KEPADANYA,

JAUHKANNYA DARI FITNAH,

SUBURKAN BENIH KEISLAMAN PADA KETURUNANNYA,

DAN MASUKKAN DIA DALAM SYURGA-MU TANPA HISAB.. AMIN..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.. ;)

Selasa, 3 Julai 2012

Bingka + Roti + Milo + Kukus = SEDAP!!!

    Mimpi apa la agaknya tetiba rs nk buat n3 pasal resepi ni.. Sy dah try resepi ni banyak kali da, mmg senang nak buat.. Nama resepi ni bingka roti perisa milo or ada juga sesetengah orang panggil bengkang roti.. resepi ni sesuai utk 4 org, lau mkn banyak Insyaallah seorang pn boleh habiskan.. So, sesapa yg bakal menyambut ari jadi nenek angkat ke, kucing kesayangan ke, artis pujaan ke, boleh la try resepi ni kyeh =P.. Memang sangat mudah & cepat.


BAHAN2

  • 1 mug air panas
  • 5 sudu besar milo
  • 6 sudu teh susu tepung
  • 6 sudu teh susu pekat manis
  • 2 sudu teh gula
  • 3 keping roti
  • 3 biji telur saiz A
  • 4 sudu teh majerin
  • secubit serbuk soda


CARA2
 
  1. Bancuh milo, susu tepung, susu pekat manis & gula bersama air panas.
  2. Masukan roti ke dalam mangkuk yg bersesuaian & tuangkan bancuhan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Hancurkan roti sehingga sebati dengan bancuhan tadi.
  4. Ketepikan dahulu roti yang telah dihancurkan tersebut.
  5. Blend telur bersama majerin dan serbuk soda selama 40 saat dengan menggunakan blender.
  6. Seterusnya masukan roti hancur tadi ke dalam blender, kemudian blend sekali lagi sehingga semua bahan sebati.
  7. Setelah sebati, tuangkan bahan yang telah blend tadi ke dalam loyang.
  8. Masukan loyang ke dalam pengukus, dan kukus sehingga masak. (Anggaran masa untuk mengukus adalah selama 20minit)
Pengukus
SIAP!






........SELAMAT MENCUBA!.......


Isnin, 25 Jun 2012

DAKWAH KE DEBAT

  Kita selalu tgk rmi org, kwn2 even kita sndiri berdakwah dlm kehidupan sehari-harian dlm sedar @ di bwh paras sedar, x percaya ke? Klu kita tegur seseorang ke arah kebaikan tu dah dikira berdakwah la. Islam kan mengajar kita utk melakukan kebaikan? Cuma apa yang menjadi persoalan d sini btul ke cara kita berdakwah tu? Apa motif @ matlamat utama kita dan mcm mna kita nk capai objektif tu dgn jayanya?
Sy ada mengenali sorg sahabat ni yg niatnya ckup baik utk menyampaikan informasi  dan berkongsi maklumat ttg Islam. Dia slalu post @ share mcm2 informasi mengenai Islam dan ajarannya d facebook, twitter etc.. At first, sy respect sgt smgt dan usaha yg dia lakukn. Even dia d luar pun menutup aurat, tapi yg menjadi BIG issue buat sy adalah attitude dan cara penyampaian dakwah dia yg boleh mendatangkan hasil dan impak yg negatif. Instead of org yg dia nak bg nasihat tu brubah, dia hanya akan dpt hasil yg org tu akan lari drpd dia. Cmna plak leh jdi cmni ek?

  Ok, sy bg situation kt sni korg fikir la sndiri keyh.. Ada seorg perempuan free hair ni tgh bersembang dgn sahabat sy yg ingin berdakwah ni d fb. Sahabat sy ni telah memilih jln utk menegur perempuan x bertudung tu dgn cara menyertakan hadis dan menyatakan hukuman yg bakal di timpa oleh dia di akhirat.

Si A: “ Tak pakai tudung ni berdosa, Awk x tkut ke dgn balasan tuhan?” [Hadis]....etc
Si B: “ Dosa, pahala ni urusan tuhan, Awk tu perfect sgt ke nak tegur saya?”

  Camtu la lebih kurang CONTOH (bukan ayt sebenar) mcm mna corok dan teknik berdakwah kwn sya ni. & ingin sy tekan kan kt sini xda slhnya , apa yg keluar dri mulut si A 2. Cma apa yg saya dapati dakwah yg bercorak sebegini hanya membuka pintu pergaduhandan bukannya mengetuk pintu hidayah. Boleh dikatakan rmi org Islam ni mmg dah sediakala tahu hukum x menutup aurat tu. Cuba kita dekati mereka dan selitkan dakwah secara informal dan halus drpd sebaliknya dtg berjumpa mereka membawa hadis seperti membawa senapang utk berperang dgn mereka.

  Firstly act yg mcm ni akn mengaibkan mereka, especially dkt fb. Secondly perbualan sebegini hanya akan buat mereka menjadi LEBIH defendsive dan sukar utk menerima dakwah. Mgkin cara yg sy sarankan ini memakan masa, tp apa salahnya klu kita ikhlas berdakwah? Insyaallah ia akan lebih berhasil berbanding kita mengambil jalan mudah utk berdebat  dgn mereka. Klu berdebat sudah semestinya kita akan menang dan dpt menutup mulut mereka (or diorang just log out fb) tapi adakah esoknya kita dpt lihat mereka terus keluar rumah berhijab? Fikir2kan lah sahabat...

Semua ni sekadar pendapat utk di kongsi.mohon maaf jika ada yg terasa hati. 

Rabu, 28 Mac 2012

Kosong - Najwa Latif




aku x mau fight k

  Semua org thu, kita kalau nk improve mmg kena brsaing.. tp pnh x dgr pepatah "success is depend on what you do with you" ??? persaing trbesar kita adlh diri kita sndiri. drpd kita mncari kejayaan drpd kegagalan org lain, baik kita cari ruang utk kita mmbaiki diri sndiri... apa gunanya dengki, kan Allah da tetap kan kita rezeki masing2,, tggu kita ja yg nk kejar n dptkn nya..


   Fitrah manusia ni mmg la ada perasaan cemburu, sy sndiri pn ada juga perasaan ingin brsaing bila tgk kwn lain maju setapak lebih dari sy. tp wajar ka utk kita tarik dia kembali di takuk yg lama, tambh2 lg kalau dia 2 kwn yg bole dikira rapat.. apa slhnya kalau kita tlg happy tuk kwn kita..

   Awk kwn yg sy percaya, kwn yg sy x pernah expect ada sifat mcm ni.. sikap awk yg da berubah buat sy pn da berubah.. skrg ni bila sy senyum pd awk pn sy rs mcm pura2, rs hipokrit.. mcm mna nk kmbali pd friendship kita yg dulu??.. Luka 2 mgkin bole smbuh, tp parut 2 ttp ada..

   Akan ke mana kejayaan kita ni kalau kita dpt dgn menindas org lain.. ke akhirat ka?.. sy buat N3 kali ni sbgai refleksi utk diri sy sndiri juga.. sama2 la kita berubah.....

Jumaat, 16 Mac 2012

16 march


ari ni tambah lg setahaun dlm umo aku.. sebenarnya setiap ari umo kita bertambah, cuma bila da genap setahun br nk perasan.. kwn2 pn ucap selamat tambah umo setahun g.. terasa sgt tua 2.. jaga la ati aku sama we......... da makin tua ni makin sensitive lak.. huhu.. azam genap umo 25 ni nk study btol2.. nk sejuk kan perut mak.. huhu... nk dpt kan ijazah.. Insyaalah..

cintan cintun , jodoh semua 2 letak tepi ye.. cinta yg di cari pasti akn pergi.. cinta pada yg maha esa yg kekal abadi.. so, xpayah frust sgt bila cinta pd makhluk 2 hilang.. cari lah cinta yg hakiki, hidup Insyaallah bahagia..
kpd sahabat yg mgkin putus cinta skali lg, if bc n3 ni, renungkan lah ye..
banyakkan lah ber zikir tuk merawat hati..

Isnin, 12 Mac 2012

ATASI KECEWA


KECEWA

Ialah perasaan hampa kerana harapan atau sesuatu keinginan tidak terkabul/tercapai..

Sebab-sebab kecewa

·         Kurang bersyukur
·         Kerana berharap kepada selain dari Allah
·         Tidak dapat menerima hakikat/ ketentuan

Bagaimana caranya untuk mengatasi perasaan kecewa???....

·         Redha atas setiap takdir dan dugaan..
·         Yakin setiap apa yg berlaku itu adalah ketentuaan Allah..
·         Yakin tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas izin Allah..
·         Yakin bahawa Allah maha adil..
·         Yakin setiap apa yg berlaku itu ada khikmahnya..

Kita selalu pertikaikan kenapa dia boleh berjaya, kenapa aku x bole? Cuba kita toleh dan lihat org yg lebih susah dan derita dari kita?.. pernah x kita bersyukur dgn setiap nikmat yg Allah berikan pd kita?.. bernafas, berjalan, bercakap, berfikir, berkerja.. Cuba renung setiap nikmat yg Allah berikan pd kita.. Bersyukurlah, udara ni x perlu dibayar, kaki x perlu dibeli, suara x perlu kita refill, otak x semakin susut apabila kita berfikir, dan kita masih mempunyai khudrat untuk berkerja.. Insyaallah perasaan kecewa itu hilang bila kita redha dan bersyukur.. org yg kurang bersyukur biasanya kurang bahagia dlm hidupnya.. kerana tiada manusia yg tidak pernah melakukan kesilapan dan tiada manusia yg smpurna..
Renungkanlah…
"Ya Allah, tiada yang mudah selain yang Engkau mudahkan, dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya."

Sabtu, 10 Mac 2012

SNEK SIHAT DI TENGAH MALAM

AVOKADO

Membantu mengawal diabetes, juga menjadikan rambut dan kuku lebih sihat serta cantik. Malah berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik.

Kandungan:-

Asid lemak tidak tepu, potassium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks D dan E.


PISANG

Berupaya mengurangkan rasa sakit, merehatkan fikiran, mengurangkan stres dan menahan nafsu makan.

Kandungan:-

Sumber vitamin B6, karbohidrat, karotin, vitamin C dan potassium.


BUAH-BUAHAN KERING

Seperti aprikot, epal, kurma, kismis dan prun sangat sesuai dimasukkan ke dalam menu diet kerana nilai indeks glikemik yang rendah mencegah banyak penyakit metabolik.

Kandungan:-

Kalium, mineral, fenolik dan vitamin(bergantung kepada jenis buah).


YOGURT

Mampu melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Kandungan:-

Probiotik(bakteria baik yang mampu melindungi usus), vitamin B dan protein.


STRAWBERI

Mampu mencegah beberapa penyakit kronik. Diyakini memiliki antibakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan dalam perubatan.

Kandungan:-

Vitamin C dan ellagic acid sebagai antioksidan. Ellagic acid mampu mencegah pertumbuhan tumor dalam paru-paru, kanser payudara, servik dan lidah.


EPAL HIJAU

Mengunyah sebiji epal hijau atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Juga baik bagi mereka yang mengalami masalah sembelit atau sistem penghadaman. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Kandungan:-

Asid D-glucaric, zat fitokimia, pektin(serat larut).

Rabu, 25 Januari 2012

LUPAKAN SI DIA...

Bagaimanakah caranya untuk melupakan dia yang curang dengan kita? Bagaimanakah caranya untuk buang bekas kekasih dari hati kita?

  •  Pastikan nombor telefon si dia didelete dari telefon anda dan jangan angkat jika ditelefon.. 
  •  Bakar semua surat-surat, kad ucapan atau gambarnya sebagai tanda anda mahu memadamkan dia dari ingatan anda sepenuhnya. Jika anda tidak sampai hati mahu melihat wajahnya terbakar, anda boleh masukkan kedalam beg plastik hitam lalu mengitarkan semula bahan – bahan tadi di dalam tong kitar semula.
  • Jika ingatan terhadapnya sentiasa atau selalu hadir difikiran, ceritakan masalah kamu itu kepada sahabat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
  •  Memperbanyakkan amalan. Banyakkan membaca al-Quran, zikir dan selawat, solat tahajjud…dan di akhir setiap amalan, jangan lupa berdoa kepada Allah. Tiada doa khusus untuk melupakan seseorang ini, tetapi kita boleh berdoa dengan gaya dan bahasa sendiri. Allah itu Maha Mengetahui dan Allah jugalah pemilik hati manusia. Bila masa Allah boleh balikkan hati kita daripada asyik teringat kepada bekas kekasih, kepada melupakan sidia secara total.
  •  Sibukkan diri dengan kerja, bersukan, berkebun dan lain-lain. Badan yg penat akan menyebabkan kita memudahkan pemikiran kita dan takkan meluangkan ruang di fikiran kita untuk perkara yg berat (spt mengingati bekas kekasih). Jadi, hidup kita akan dipenuhi dengan aktiviti tanpa perlu membuang masa mengenangkan si dia...
yg penting ada keinginan yg kuat untuk melupakan beliau. Sbb itu Allah berfirman yg bermaksud “apabila kamu telah berazam (bulatkan tekad) maka bertawakkal lah kepada Allah”.
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...