zon beli-belah

Halaman

Sabtu, 10 Mac 2012

SNEK SIHAT DI TENGAH MALAM

AVOKADO

Membantu mengawal diabetes, juga menjadikan rambut dan kuku lebih sihat serta cantik. Malah berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik.

Kandungan:-

Asid lemak tidak tepu, potassium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks D dan E.


PISANG

Berupaya mengurangkan rasa sakit, merehatkan fikiran, mengurangkan stres dan menahan nafsu makan.

Kandungan:-

Sumber vitamin B6, karbohidrat, karotin, vitamin C dan potassium.


BUAH-BUAHAN KERING

Seperti aprikot, epal, kurma, kismis dan prun sangat sesuai dimasukkan ke dalam menu diet kerana nilai indeks glikemik yang rendah mencegah banyak penyakit metabolik.

Kandungan:-

Kalium, mineral, fenolik dan vitamin(bergantung kepada jenis buah).


YOGURT

Mampu melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Kandungan:-

Probiotik(bakteria baik yang mampu melindungi usus), vitamin B dan protein.


STRAWBERI

Mampu mencegah beberapa penyakit kronik. Diyakini memiliki antibakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan dalam perubatan.

Kandungan:-

Vitamin C dan ellagic acid sebagai antioksidan. Ellagic acid mampu mencegah pertumbuhan tumor dalam paru-paru, kanser payudara, servik dan lidah.


EPAL HIJAU

Mengunyah sebiji epal hijau atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Juga baik bagi mereka yang mengalami masalah sembelit atau sistem penghadaman. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Kandungan:-

Asid D-glucaric, zat fitokimia, pektin(serat larut).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...