zon beli-belah

Halaman

Jumaat, 5 Julai 2013

Kek Kukus Gebu

Hari ni tetiba aku rajin plak buat kek.. angin apa la aku ari ni.. tp yang peliknya aku buat kek pakai blender.. hahaha.. asalkan aku bahagia.. emm. sebenarnya aku x da la bahagia sgt pakai blender, aku bukan nya gila blender.macam orang sawan plak.. memandangkan mixer aku tah hilang ke mana, aku pakai je la blender. mudah jer.. kt bawah ni aku letak resepi kek yg aku buat pakai blender td.. patut ka aku letak nama kek ni kek blender gebu?.. kek kukus gebu je la.. hihi.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur ayam grade A atau 3 biji telur grade C
  • 1/3 cawan gula halus
  • 84 g @ 4 sudu besar butter
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan susu pekat di bancuh dengan  1/6 cawan air 

Cara-cara

  1. Masukan telur dan gula ke dalam blender, kemudian blend hingga kembang
  2. Seterusnya masukan butter, soda bikarbonat, esen vanilla dan ovalette. kemudian blend lagi.
  3. Masukan satu sudu besar tepung dan sedikit susu pekat yang telah di bancuh dengan 1/6 cawan air tadi, kemudian blend.
  4. Ulang langkah 3 sehingga kesemua tepung dan susu di masukan ke dalam blender.
  5. Rehatkan adunan selama 15minit, dan panaskan pengukus hingga air mendidih.
  6. Masukan aduanan ke dalam loyang bulat yang sudah di sapu dengan sedikit butter.
  7. Balut penutup pengukus dgn kain macam gambar di bawah. Supaya permukaan kek tak berlekuk atau jadi tak rata.
  8. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan sebentar dan sedia di hidang.

     gambar ni aku ambik dari http://ko-bo.blogspot.com .bukan sendiri nyer gmbr.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...