zon beli-belah

Halaman

Rabu, 25 Januari 2012

LUPAKAN SI DIA...

Bagaimanakah caranya untuk melupakan dia yang curang dengan kita? Bagaimanakah caranya untuk buang bekas kekasih dari hati kita?

  •  Pastikan nombor telefon si dia didelete dari telefon anda dan jangan angkat jika ditelefon.. 
  •  Bakar semua surat-surat, kad ucapan atau gambarnya sebagai tanda anda mahu memadamkan dia dari ingatan anda sepenuhnya. Jika anda tidak sampai hati mahu melihat wajahnya terbakar, anda boleh masukkan kedalam beg plastik hitam lalu mengitarkan semula bahan – bahan tadi di dalam tong kitar semula.
  • Jika ingatan terhadapnya sentiasa atau selalu hadir difikiran, ceritakan masalah kamu itu kepada sahabat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
  •  Memperbanyakkan amalan. Banyakkan membaca al-Quran, zikir dan selawat, solat tahajjud…dan di akhir setiap amalan, jangan lupa berdoa kepada Allah. Tiada doa khusus untuk melupakan seseorang ini, tetapi kita boleh berdoa dengan gaya dan bahasa sendiri. Allah itu Maha Mengetahui dan Allah jugalah pemilik hati manusia. Bila masa Allah boleh balikkan hati kita daripada asyik teringat kepada bekas kekasih, kepada melupakan sidia secara total.
  •  Sibukkan diri dengan kerja, bersukan, berkebun dan lain-lain. Badan yg penat akan menyebabkan kita memudahkan pemikiran kita dan takkan meluangkan ruang di fikiran kita untuk perkara yg berat (spt mengingati bekas kekasih). Jadi, hidup kita akan dipenuhi dengan aktiviti tanpa perlu membuang masa mengenangkan si dia...
yg penting ada keinginan yg kuat untuk melupakan beliau. Sbb itu Allah berfirman yg bermaksud “apabila kamu telah berazam (bulatkan tekad) maka bertawakkal lah kepada Allah”.
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...