zon beli-belah

Halaman

Rabu, 28 Mac 2012

Kosong - Najwa Latif




aku x mau fight k

  Semua org thu, kita kalau nk improve mmg kena brsaing.. tp pnh x dgr pepatah "success is depend on what you do with you" ??? persaing trbesar kita adlh diri kita sndiri. drpd kita mncari kejayaan drpd kegagalan org lain, baik kita cari ruang utk kita mmbaiki diri sndiri... apa gunanya dengki, kan Allah da tetap kan kita rezeki masing2,, tggu kita ja yg nk kejar n dptkn nya..


   Fitrah manusia ni mmg la ada perasaan cemburu, sy sndiri pn ada juga perasaan ingin brsaing bila tgk kwn lain maju setapak lebih dari sy. tp wajar ka utk kita tarik dia kembali di takuk yg lama, tambh2 lg kalau dia 2 kwn yg bole dikira rapat.. apa slhnya kalau kita tlg happy tuk kwn kita..

   Awk kwn yg sy percaya, kwn yg sy x pernah expect ada sifat mcm ni.. sikap awk yg da berubah buat sy pn da berubah.. skrg ni bila sy senyum pd awk pn sy rs mcm pura2, rs hipokrit.. mcm mna nk kmbali pd friendship kita yg dulu??.. Luka 2 mgkin bole smbuh, tp parut 2 ttp ada..

   Akan ke mana kejayaan kita ni kalau kita dpt dgn menindas org lain.. ke akhirat ka?.. sy buat N3 kali ni sbgai refleksi utk diri sy sndiri juga.. sama2 la kita berubah.....

Jumaat, 16 Mac 2012

16 march


ari ni tambah lg setahaun dlm umo aku.. sebenarnya setiap ari umo kita bertambah, cuma bila da genap setahun br nk perasan.. kwn2 pn ucap selamat tambah umo setahun g.. terasa sgt tua 2.. jaga la ati aku sama we......... da makin tua ni makin sensitive lak.. huhu.. azam genap umo 25 ni nk study btol2.. nk sejuk kan perut mak.. huhu... nk dpt kan ijazah.. Insyaalah..

cintan cintun , jodoh semua 2 letak tepi ye.. cinta yg di cari pasti akn pergi.. cinta pada yg maha esa yg kekal abadi.. so, xpayah frust sgt bila cinta pd makhluk 2 hilang.. cari lah cinta yg hakiki, hidup Insyaallah bahagia..
kpd sahabat yg mgkin putus cinta skali lg, if bc n3 ni, renungkan lah ye..
banyakkan lah ber zikir tuk merawat hati..

Isnin, 12 Mac 2012

ATASI KECEWA


KECEWA

Ialah perasaan hampa kerana harapan atau sesuatu keinginan tidak terkabul/tercapai..

Sebab-sebab kecewa

·         Kurang bersyukur
·         Kerana berharap kepada selain dari Allah
·         Tidak dapat menerima hakikat/ ketentuan

Bagaimana caranya untuk mengatasi perasaan kecewa???....

·         Redha atas setiap takdir dan dugaan..
·         Yakin setiap apa yg berlaku itu adalah ketentuaan Allah..
·         Yakin tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas izin Allah..
·         Yakin bahawa Allah maha adil..
·         Yakin setiap apa yg berlaku itu ada khikmahnya..

Kita selalu pertikaikan kenapa dia boleh berjaya, kenapa aku x bole? Cuba kita toleh dan lihat org yg lebih susah dan derita dari kita?.. pernah x kita bersyukur dgn setiap nikmat yg Allah berikan pd kita?.. bernafas, berjalan, bercakap, berfikir, berkerja.. Cuba renung setiap nikmat yg Allah berikan pd kita.. Bersyukurlah, udara ni x perlu dibayar, kaki x perlu dibeli, suara x perlu kita refill, otak x semakin susut apabila kita berfikir, dan kita masih mempunyai khudrat untuk berkerja.. Insyaallah perasaan kecewa itu hilang bila kita redha dan bersyukur.. org yg kurang bersyukur biasanya kurang bahagia dlm hidupnya.. kerana tiada manusia yg tidak pernah melakukan kesilapan dan tiada manusia yg smpurna..
Renungkanlah…
"Ya Allah, tiada yang mudah selain yang Engkau mudahkan, dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya."

Sabtu, 10 Mac 2012

SNEK SIHAT DI TENGAH MALAM

AVOKADO

Membantu mengawal diabetes, juga menjadikan rambut dan kuku lebih sihat serta cantik. Malah berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik.

Kandungan:-

Asid lemak tidak tepu, potassium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks D dan E.


PISANG

Berupaya mengurangkan rasa sakit, merehatkan fikiran, mengurangkan stres dan menahan nafsu makan.

Kandungan:-

Sumber vitamin B6, karbohidrat, karotin, vitamin C dan potassium.


BUAH-BUAHAN KERING

Seperti aprikot, epal, kurma, kismis dan prun sangat sesuai dimasukkan ke dalam menu diet kerana nilai indeks glikemik yang rendah mencegah banyak penyakit metabolik.

Kandungan:-

Kalium, mineral, fenolik dan vitamin(bergantung kepada jenis buah).


YOGURT

Mampu melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis.

Kandungan:-

Probiotik(bakteria baik yang mampu melindungi usus), vitamin B dan protein.


STRAWBERI

Mampu mencegah beberapa penyakit kronik. Diyakini memiliki antibakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan dalam perubatan.

Kandungan:-

Vitamin C dan ellagic acid sebagai antioksidan. Ellagic acid mampu mencegah pertumbuhan tumor dalam paru-paru, kanser payudara, servik dan lidah.


EPAL HIJAU

Mengunyah sebiji epal hijau atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik. Juga baik bagi mereka yang mengalami masalah sembelit atau sistem penghadaman. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Kandungan:-

Asid D-glucaric, zat fitokimia, pektin(serat larut).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...