Halaman

Selasa, 3 Julai 2012

Bingka + Roti + Milo + Kukus = SEDAP!!!

    Mimpi apa la agaknya tetiba rs nk buat n3 pasal resepi ni.. Sy dah try resepi ni banyak kali da, mmg senang nak buat.. Nama resepi ni bingka roti perisa milo or ada juga sesetengah orang panggil bengkang roti.. resepi ni sesuai utk 4 org, lau mkn banyak Insyaallah seorang pn boleh habiskan.. So, sesapa yg bakal menyambut ari jadi nenek angkat ke, kucing kesayangan ke, artis pujaan ke, boleh la try resepi ni kyeh =P.. Memang sangat mudah & cepat.


BAHAN2

  • 1 mug air panas
  • 5 sudu besar milo
  • 6 sudu teh susu tepung
  • 6 sudu teh susu pekat manis
  • 2 sudu teh gula
  • 3 keping roti
  • 3 biji telur saiz A
  • 4 sudu teh majerin
  • secubit serbuk soda


CARA2
 
  1. Bancuh milo, susu tepung, susu pekat manis & gula bersama air panas.
  2. Masukan roti ke dalam mangkuk yg bersesuaian & tuangkan bancuhan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Hancurkan roti sehingga sebati dengan bancuhan tadi.
  4. Ketepikan dahulu roti yang telah dihancurkan tersebut.
  5. Blend telur bersama majerin dan serbuk soda selama 40 saat dengan menggunakan blender.
  6. Seterusnya masukan roti hancur tadi ke dalam blender, kemudian blend sekali lagi sehingga semua bahan sebati.
  7. Setelah sebati, tuangkan bahan yang telah blend tadi ke dalam loyang.
  8. Masukan loyang ke dalam pengukus, dan kukus sehingga masak. (Anggaran masa untuk mengukus adalah selama 20minit)
Pengukus
SIAP!






........SELAMAT MENCUBA!.......


19 ulasan:

  1. btolll....... sedap.. kena try..;)

    BalasPadam
  2. simple..hehe.. kalau tak ltak susu tepung tu, tak pe ke? hehe

    BalasPadam
  3. bengkang? kek ke? nampak sedap je lepas siap kukus tu ;)

    BalasPadam
  4. bole, xda mslh.. gantikan je dgn susu sejat, then kurangkan air..

    BalasPadam
  5. hehe.. lau teliur 2 kena try la..

    BalasPadam
  6. bengkang la baby comel.. next time kita try buat kek key..

    BalasPadam
  7. bley je zurina.. ambil je lau bleh ambil.. hehe

    BalasPadam
  8. tak prnah ag makan..leh try neh..hehe^^

    BalasPadam
  9. nampak sedap n simple, len kali nak try

    BalasPadam
  10. btol 2 shahirah.. kene try, bru thu rs nya mcm mna.. hehe

    BalasPadam
  11. okey :) hehe ..tak sabar pulak nk rasa sendiri ^^

    BalasPadam
  12. sy tak nak masak tp nak yg siap dah, boleh? kehkeh.

    BalasPadam
  13. Pandai nya masakkkk. untung bakal isteri. Huhu

    BalasPadam
  14. kene try tp umah takde pengukus.uhuk uhuk

    BalasPadam