Bahan-bahan
- 2 biji telur ayam grade A atau 3 biji telur grade C
- 1/3 cawan gula halus
- 84 g @ 4 sudu besar butter
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh ovalette
- 1 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan susu pekat di bancuh dengan 1/6 cawan air
Cara-cara
- Masukan telur dan gula ke dalam blender, kemudian blend hingga kembang
- Seterusnya masukan butter, soda bikarbonat, esen vanilla dan ovalette. kemudian blend lagi.
- Masukan satu sudu besar tepung dan sedikit susu pekat yang telah di bancuh dengan 1/6 cawan air tadi, kemudian blend.
- Ulang langkah 3 sehingga kesemua tepung dan susu di masukan ke dalam blender.
- Rehatkan adunan selama 15minit, dan panaskan pengukus hingga air mendidih.
- Masukan aduanan ke dalam loyang bulat yang sudah di sapu dengan sedikit butter.
- Balut penutup pengukus dgn kain macam gambar di bawah. Supaya permukaan kek tak berlekuk atau jadi tak rata.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan sebentar dan sedia di hidang.
gambar ni aku ambik dari http://ko-bo.blogspot.com .bukan sendiri nyer gmbr.